24 Dis 2015

Apa itu kalori?

Hai dan Assalamualaikum. Sudah tentu semua orang maklum dengan kalori. Jika korang memang dah nak kuruskan badan dan buat research pasal weight loss semua tu. Obviously korang tahu apa tu kalori. Oh, sebelum tu apa yang saya nak kongsikan ini tak ada niat nak menghentam diet atkin atau jenis jenis diet yang tidak memerlukan pengiraan kalori, diet seperti itu bagus juga.

Ya, betul.

Kita tak perlu kira kalori. Tapi kalori tetap dikira.

Dan kalau kita belajar tentang portion size, dan diet rendah karbohidrat semua tu. Automatik, kalori akan berkurangan dan result in weight loss. Penurunan lemak ini HANYA mainan matematik. Dengar macam mudah kan? Ya, tapi akan ada banyak halangan dalam mencapai berat badan yang diingini.

Saya tak pernah cakap ianya senang, tapi ianya berbaloi dan usaha korang akan dibayar.

Well, kita straight to the point okay? Apa itu kalori, post ini hanya akan memberitahu anda tentang calorie. So kalau nak tahu apa yang bestnya atau bagusnya atau senangnya turunkan berat badan. Korang dialu alukan untuk follow blog Membukatutup.



Blog ini hanya ditubuhkan atas dasar berkongsi ilmu dan minat menulis admin yang tinggi.

Kalori, mengikut wikipedia.

The energy needed to increase the temperature of a given mass of water by 1 °C depends on the atmospheric pressure and the starting temperature. Accordingly, several different precise definitions of the calorie have been used.

Okay sekarang, anda faham apa itu kalori.

Kalau tak faham, anggap sahaja kalori ni macam satu unit bagi tenaga. Dan kalori ni memainkan peranan yang sangat sangat besar dalam proses menurunkan berat badan.

Sebagai permulaa, saya akan kasi korang formula asa CLCO

Calories in > Calories Out = weight loss.

Maksud disini ialah korang makan kurang kalori dari apa yang korang guna will result in weight loss. Nothing impossible.

Tapi akan ada banyak topik yang membincangkan tentang CLCO ni,

So teruskan mengikuti blog saya kalau ingin meneruskan perjuangan. Akhir kata, semua bentuk badan, berat badan, warna kulit dan lain lain adalah sama, korang semua lawa, semua cantik, semua good looking and semua nya priceless. So just jaga kesihatan korang and you are perfect. Ada orang yang sensitif bila orang lain cakap pasal turunkan berat badan right? Mungkin ada orang yang selesa dengan diri dia sendiri. Ya tiada masalah dengan orang macam tu.

Malah saya tabik spring jugak. Self confidence mereka tinggi. Cuma blog ini cuma nak membantu bagi sesiapa yang nak kuruskan badan. Ilmu yang ditimba mesti dikongsi kan. Jadi saya harap tiada bantahan atau bangkangan terhadap blog ini.

Kita turunkan berat badan bukan sebab nak pikat sesiapa. Just do it for yourself. For your happiness. Tapi kalau memang korang tak suka jadi gemuk, cubalah buat sesuatu, if you want something, work hard for it. So mohon jangan ada aksi bash membash dan kutuk mengutuk terhadap blog Membukatutup.

Mengenai blog Membukatutup

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Blog ini diwujudkan pada akhir tahun 2015 dan bertujuan untuk membongkar rahsia sebenar tentang isu yang takkan hilang dari dunia iaitu isu menurunkan berat badan. Blog ini ditubuhkan hanya ATAS DASAR BERKONGSI PENGETAHUAN.

Panggil sahaja penulis blog ini dengan nama 'admin'

Segala tulisan di dalam blog ini adalah hasil karya sendiri dan tidak menfotokopi atau mengambil hak orang lain melainkan dinyatakan dengan kredit. Semua post yang telah dikongsi di dalam blog ini BOLEH dishare TETAPI hendaklah dinyatakan link blog Membukatutup.





Blog ini menyingkap rahsia sebenar tentang penurun berat badan atau pembakaran lemak. Tiada diet spesifik seperti Atkin, Paleo atau diet diet yang sering didengari oleh pembaca. Hanya konsep sebenar yang akan dikongsi dan anda boleh mereka diet anda sendiri mengikut panduan yang diberikan oleh blog ini. 

Kaedah ini mengamalkan diet rendah kalori, dan jangan terkejut kerana inilah satu satunya cara lemak dapat dihapuskan. Thermodynamic law.